28 December 2011

Calon Ulangan PPG IPGKTB 2011

Salam 1 Malaysia...
Saya amat bersyukur hari ni apabila didapati saya lulus dalam peperiksaan PPG Sem 1..
Kepada rakan2 IPTB yang ingin menyemak senarai calon ulangan boleh klik link di bawah

SENARAI CALON ULANGAN PPG IPTB

kepada yang gagal jgn mudah berputus asa...saya dan rakan2 lain sentiasa menyokong anda..
TERUSKAN PERJUANGAN KITA...

18 December 2011

JADUAL PPG SEMESTER 2 (2012)

Tengah sedang melayari beberapa website tadi saya terjumpa jadual tutorial PPG untuk sem 2 . Jadi kwn2 boleh la download sebagai panduan k.
Jadual ini mungkin belum muktamad lagi bergantung kpd ipg masing2.


Dan satu lagi jgn lupa tentang Program BIG yang pernah ditunda dulu. Cuba lihat link dibawah mengenai perlaksanaan BIG kita nanti.








Perkhemahan buat di sekolah..Amacam OK ke tak? Apa pun kita redah ajelah k...selamat...

Nak tengok lebih detail klik link di bawah :

bye..selamat malam

15 December 2011

PPG Sem1 -Part4

Hari ini saya sempat sikit update tentang ujian amali. Kwn2 bolehlah tegok2 gambar sepanjang amali tu dijalankan..... seronok, geli geleman, enjoy semua ada...
Bila daah bt amali ni kenala buat laporan dalam masa 8 hari....mcm mn tu ? haa..tgok la sendiri ye kat link sebelah...

14 December 2011

PPG Semester 1 -Part 3

Selamat petang kpd semua......Syukur hari ini saya dah sempat uploadkan  2 modul sains dan juga titas...tapi kalau ada ape2 yg tak kena tu tinggalkan pesanan di kotak tu k.... byk juga la modul tu paling tebal sekali tu TITAS la sebab byk sejarahnya...

O ye ..untuk makluman anda juga, di setiap semester kita kena sediakan beberapa fail untuk subjek yang kita ambil. Untuk maklumat terperinci mengenai cara sediakan fail tu anda boleh klik link FAIL P&P di sebelah kanan k..Fail ini adalah sebagai bukti kita belajar sepanjang 4 tahun tu dan akan dipantau oleh MQA untuk memastikan apa yang kita belajar selama ni tu layak untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda atau tidak.. Jadi fail tu kita kena sentiasa kemaskini dan disimpan baik sepanjang 8 semester ini...

13 December 2011

PPG Semester 1- Part 2

Tadi saya dah ceritakan sedikit sebanyak tentang cara pembelajaran PPG di IPG. Masa memang suntuk untuk kita menyiapkan tugasan2 ni... Banyak cabaran yang perlu kita lalui..mana tidaknya kita kan sebagai guru tentulah sibuk dengan kerja2 di sekolah, macam2 aktiviti kena buat, di rumah lagi, anak2, keluarga yang perlu kita fikirkan di samping dengan lambakan assigment yang datang bertubi2..kdg2 assignment ni datang secara online...

Biasanya kita akan berinteraksi dengan pensyarah secara bersemuka semasa tutorial. Jarang beronline kecuali mungkin ada email yang datang tiba2 so kenalah selalu tengok2... kot2 ada..
   Pensyarah ni pun, dia orang tak berapa layan sangat kalau kita telefon ke, sms dia ke pada waktu cuti hujung minggu...Dia orang pun nak berehat juga macam kita la.... so kalu ada pa pe tu ketua kelas akan menjadi perantaraan...He he he .jgn tak tau ketua kelas pun ada..macam masa maktab jugak ler...

Kadang2 nak siapakan assignment ada yg kena bersengkang mata jauh malam tambah2 yang suka buat last minute.....biasa la tu...nak buat awal pun kdg2 tak tau nak buat mcm mana?  Betul tak?  Tapi saya tak la buat last minute dekat2 nak last minutes tu barula ilham tu datang dengan sendirinya...he he he....tapi saya cadangkan anda buat lebih awal la jgn mcm saya he he he....

pensyarah pula lebih suka dan banyak memberikan markah jika bahan rujukan kita tu dari buku2 bukannya asyik copy paste website2 ajer....itu tiru namanya..  Ada juga kengkawan saya yang rujukan nya semua dari internet...apa lagi?  kena sound ngan pensayarah la... he he he  kantoi plak...

Hah  disini saya nak bagi tips2 macam mana nak dapatkan jenis buku rujukan untuk diisi kat ruangan bibliografi...Alahai senang ajer..mungkin ada yg tau dan ada yg tak tahu kan?   begini caranya:
  saya mencadangkan anda agar menggunakan Google sebab ianya senang nak cari...

1. Mula2 fikirkan topik yang hendak dicari : contohnya pertumbuhan..
2. Lepas tu bukak google : taipkan tajuk itu
3. Pastu tengok sebelah kiri ada tertulis Google Book klik saja atau mungkin anda perlu taip topik tu   
    lagi sekali..
4. Klik nak dia akan keluarkan jenis buku2 yang berkaitan topik itu... pastu cari la sendiri judul buku,
    penerbit, tahun dsb dari buku tu...senang bukan?

Kalau dah tak tau sangat p library cari buku....he he he 

Zaman sekarang ni nak pegi library tu mungkin malas nak online ajer...cari jer bahan2 yang ada di internet....jgn copy sana paste sini sebaiknya editnya , ubahsuai bahasanya....

Pernah sekali pensyarah menegur ada yang copy paste bahasa Indon...alamak pecah tembelang la siap ngan powerpoint pun guna istilah Indon...bayangkan la habis satu kelas gelak besar kerana tak faham... jadi jadikan ia ikhtibar yer...

Ok setakat ini dulu buat kali ini..Tunggu untuk sem 1 part 3 pulak k....nantikan....

PPG Semester 1- Part 1

  Ketika  di semester 1 anda akan mula diperkenalkan dengan beberapa subjek utama iaitu subjek universiti dan subjek major. Apa yang diceritakan di sini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai salah seorang guru yang mengikuti PPG opsyen Sains. Untuk guru2 yang beropsyen lain subjek universiti tu tetap sama dgn saya. Subjek yang anda ambil ketika di semester pertama ialah :

Subjek major
SCE3101 - Hidupan dan proses kehidupan ( 3 kredit)
SCE3102 - Proses pembelajaran Sains Kanak-kanak (3 kredit)
Subjek U
WJA 3101 - TITAS (Tamadun Islam dan Tamandun Asia) (2 kredit)
WJA 3102 - English Proficiency 1 ( 2kredit)
WJA 3105 - Literasi Matematik (2 kredit)
BIG ( Bina Insan Guru ) -ditunda ke Sem 2 itu pun tak tau lagi...

Secara keseluruhannya kita nampak subjeknya sedikit cuma 5 jika dibandingkan mengikuti PPG di Universiti Tempatan lain ,ada yang terpaksa mengambil 8 - 10 subjek bagi semester pertama. Ini kerana mereka terpaksa menghabiskan semua subjek uninversiti pada sem pertama. Saya bersyukur jugak lah kerana ditempatkan di IPG tempatan iaitu IPGM Tuanku Bainun BM.


       Nampak sedikit tetapi banyak benda yang kita kena buat. Ini kerana bagi subjek Sains selain terpaksa menyiapkan assignment dan  latihan tutorial, kita juga perlu menjalani ujian amali. Senang kata setiap apa yang kita lakukan semuanya dinilai oleh pensyarah kita.  bagi subjek TITAS, English dan Math pula adalah berdasarkan assignment dan juga latihan tutorial yang dilakukan. Yang penting tu assignment kita kena buat betul2 la sebab ia membawa markah keseluruhan kita. Markah pula akan dinilai selayaknya mengikut hasil kerja kita. Hasil mestilah nampak macam kita belajar peringkat ijazah, dan bukannya assigment yang kita buat sebagaimana zaman di maktab dulu-dulu. Jadi kalau nak buat assignment tu cubalah rujuk rakan2 yang pernah buat sekurang-kurangnya hasil kita tak jauh berbeza dengan rakan lain.


              Belajar peringkat ijazah ni, senang kata memerlukan kita banyak membuat research dari pelbagai sumber. Memang la banyak teknologi yang membantu kita untuk copy and paste. Tapi ingat pensyarah juga mempunyai sistem yang dapat mengesan dari mana kita mengcopy rujukan itu.Terutamanya assignment yang dihantar melalui email. Ada yang terpaksa membuat semula assignment kerana didapati mengopy sebijik2 dari sumber lain. Yang penting, biar lah kita buat sendiri assignment walau apa jua cara hasilnya kita tak ciplak hakcipta orang lain. Buatlah sebaik mungkin!


           Assignmen yang diberikan tu pulak ada yang berkumpulan dan ada yang individu. So berhati-hati bila memilih ahli kumpulan kerana mungkin ada yang jadi penumpang saja. Tapi biasalah wujud orang2 yang macam ni kan. dari zaman maktab hinggalah ke peringkat lebih tinggi pun wujud golongan ni cuma pandai atau tidak kita nak menghandlenya... Kenapa saya kata begitu ini adalah kerana sebahagian besar assignment tu dlm bentuk kumpulan..kenalah bahagi buat sorang sikit. Biar sama-sama tanggung. Bukan setakat itu saja..setiap kali menghadiri tutorial tu maknanya ada la benda yang nak kena bentang. Suasana ni mcm zaman maktab dulu jugak la...seronok juga kalu ada pembentang yg kaki lawak...kaki merapu...  hilanglah tension skit. maklumlah tutorial sepangjang hari... bayangkan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Break minum pagi dengan makan tengah ari ajer... Tapi nasib baiklah sepanjang sem 1 ni tutorial hanya 5 kali. Lebih kurang sebulan tu sekali lah.. .Ni tak termasuk hari peperiksaan tau! Amali lain pulak...he he he jadi jangan haraplah nak relax byk sangat...


           Benda yang dibentang tu plak mengikut tajuk2 akan akan kita belajar sepanjang sem tu...so kena tgok betul2...kdg2 tu tgok sampai menguap almaklum la sampai ke petang.... otak pun dah mula beku masa tu...kena plak subjek BI lagi la....speaking pun terbelit2...nasib baik pensyarah tu byk bercakap so kita dengar jela dia explain.... tapi sejam jer..


Ooo... ye nak tau setiap subjek tu berapa lama masa tutorialnya . Ini dia


SC3101 - 2 jam
SC3102 - 2 jam
WJA 3101 - 1 jam
WJA 3102 - 1 jam
WJA 3105 - 1 jam
Jumlah     =  7 jam  ( ha ...lama takk???)


           Masa paling seronok ialah time nak balik...huuuuu...masa tu la konsentrasi pun dah mula hilang..apa tak nye dok teringat kat anak la, suami la, rumah la mcm tongkang pecah...maklumlah sehari suntuk ditinggalkan... tapi nak buat lagu mana...perjuangan mesti diteruskan..