FAIL P&P

1) FAIL P&P
Fail p&p ialah fail yang mengandungi kesemua bahan pembelajaran kita sepanjang program PPG ini dilaksanakan.. Setiap semester kita akan menyediakan fail mengikut bilangan subjek yang kita ambil. Contohnya pada sem 1 bilangan subjek yang diambil ialah 5 subjek jadi kita perlu menyediakan fail sebanyak 5 fail yang berlainan. Setiap fail itu pula ada cover, sempadan, dan tulang fail yang seragam. Kita tak boleh buat design untuk cover, sempadan atau tulang fail mengikut suka seperti yang kita pernah buat sebelum ini..... semuanya seragam sehinggalah ke kulit tugasan/ assignment.

Dalam setiap fail perlu mengandungi bahan2 berikut :

a) Jadual Waktu Kursus
b) Proforma dan rancangan semester
c) Soalan tugasan/ tugasan yang telah disemak
d) Bahan sumber P&P ( tutorial/amali (bercetak@CD))
e) Modul, jurnal dan bahan rujukan berkaitan

Itu lah senarai kandungan di dalam setiap fail p&p kita....apa yang kita catat dan kita perolehi ataupun cd bahan kita kena simpan dengan teratur di dalam fail itu.... jgn dibuang pulak walaupun nota ringkas yang kita tulis... satu lagi peringatan bahan rujukan yang dimasukkan perlukah dihighligh supaya bila disemak menunjukkan yang kita membaca dan bukan sekadar bubuh bagi tebal saja... saya harap anda faham la kan...

2) FAIL PERIBADI PELAJAR

Fail kedua yang perlu disediakan ialah fail peribadi pelajar. Anda tak perlu menggunakan ring fail yang tebal..cuma perlu guna 'management file' yang lutsinar.
maklumat yang perlu dimasukkan ialah:

a) surat tawaran/ surat kelulusan
b) keputusan peperiksaan setiap semester
c) sijil2
d) dokumen lain yang berkaitan

Cuba lihat contoh di bawah....

No comments:

Post a Comment