PEPERIKSAAN AKHIR


Tentang exam pulak..sebelum ini kami telah melalui ujian akhir bagi subjek TITAS, BI dan MT terlebih. Ia sekadar melayakkan kita untuk menduduki peperiksaan paper major iaitu SCE3101 dan SCE3102. Ujian ini tidak mempengaruhi markah pepriksaan utama...tetapi bila dinamakan ujian ianya macam peperiksaan la jugak..  kena buat ulangkaji dan persediaan sebagaimana menghadapi peperiksaan yang sebenar....

Suasana di dewan ujian akhir ni pula sama seperti menduduki peperiksaan yang betul. Gementar, takut dan risau tu dah tentu terutamanya subjek TITAS yang memerlukan kita mengingat sejarah lama. Dengan senarai tokohnya yang banyak, peristiwa, tahun yang berbeza kadang2 menjadikan kita ni keliru.. Ingat2 lupa pun ada...Study bukan sekadar baca sekali tetapi beberapa semata2 untuk ingat peristiwanya....dah tu tebal pulak nak menghabiskan bacaan... sebab itulah kita kena buat nota ringkas untuk memudahkan kita mengingatnya semula.... Kalau BI pula paham2 saja la susah ker senang , kerana bahasa sasteranya yang bila baca, menjadikan kita terpaksa baca berulang kali kerana x paham- paham ceritanya..... dah la nak jawab pun grammar tunggang langgang....maklum la saya ni bukannya pandai sangat BI sekadar beginner user jer.... kalau yang terer tu mmg la tak de masalah......

   Hari ujian pula 2 hari berturut-turut...maknanya ada hari yang kita perlu mengulangkaji kedua-dua subjek.....mau pening kepala dibuatnya nak mengingat..... kalu last minute baca tu mmg susah la nak mengingat....sbb tu kita kena study sikit demi sedikit...... nota2 semasa tutorial tu kena simpan agar boleh diulangkaji semula...

   Peperiksaan  sebenar lagi mendebarkan , dah tu ditunda2 pula kerana dekat dengan Deepavali ...hinggalah ditunda lagi smpai ke lepas Raya Haji. Jadi kami mempunyai masa hampir sebulan lagi untuk bersedia menghadapi exam sebenar . Lagi lama ditunggu lagi tak larat nak baca.....jadi bertunda pula otak saya ni......

   Dah tu pada saat2 hujung tahun ni lah macam2 yang kita kena siapkan. Itu ini sehinggakan dah tak ada masa yang untuk membaca..... Jadi kita kena pandai2 lah  bahagi masa antara study dan kerja.....  banyakkan bersabar... 
  
   Setelah selesai exam, hilang segala tekanan yang dirasai sebelum ini....lega rasanya....tapi dalam hati terdetik juga rasa "LULUSKAH AKU? Tapi daripada apa yg aku jawab tu aku tau aku boleh lulus tapi kerisauan tu tetap ada selagi result belum keluar..... tak sampai 2 minggu kelas kelas aku pun maklumkan ada di antara kami yang terpaksa mengulang........ 3 orang kesemuanya.....yang gagal dimaklumkan melalui email....dan aku amat bersyukur kerana tidak menerima email itu......lega rasa ini.. SELAMAT AKU......

   Sapa yang tak takut.....kalau tak lulus kena mengulang, kalau mengulang pun tak lulus jugak maknanya kena SAY GOOD BYE la dari PPG ni.  Syukurlah aku berjaya menempatkan diri aku ke sem 2... jadi masih boleh teruskan menulis blog ini untuk anda baca....he he he...
Apa pun yg penting kena berusaha la kan.....