13 December 2011

PPG Semester 1- Part 1

  Ketika  di semester 1 anda akan mula diperkenalkan dengan beberapa subjek utama iaitu subjek universiti dan subjek major. Apa yang diceritakan di sini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai salah seorang guru yang mengikuti PPG opsyen Sains. Untuk guru2 yang beropsyen lain subjek universiti tu tetap sama dgn saya. Subjek yang anda ambil ketika di semester pertama ialah :

Subjek major
SCE3101 - Hidupan dan proses kehidupan ( 3 kredit)
SCE3102 - Proses pembelajaran Sains Kanak-kanak (3 kredit)
Subjek U
WJA 3101 - TITAS (Tamadun Islam dan Tamandun Asia) (2 kredit)
WJA 3102 - English Proficiency 1 ( 2kredit)
WJA 3105 - Literasi Matematik (2 kredit)
BIG ( Bina Insan Guru ) -ditunda ke Sem 2 itu pun tak tau lagi...

Secara keseluruhannya kita nampak subjeknya sedikit cuma 5 jika dibandingkan mengikuti PPG di Universiti Tempatan lain ,ada yang terpaksa mengambil 8 - 10 subjek bagi semester pertama. Ini kerana mereka terpaksa menghabiskan semua subjek uninversiti pada sem pertama. Saya bersyukur jugak lah kerana ditempatkan di IPG tempatan iaitu IPGM Tuanku Bainun BM.


       Nampak sedikit tetapi banyak benda yang kita kena buat. Ini kerana bagi subjek Sains selain terpaksa menyiapkan assignment dan  latihan tutorial, kita juga perlu menjalani ujian amali. Senang kata setiap apa yang kita lakukan semuanya dinilai oleh pensyarah kita.  bagi subjek TITAS, English dan Math pula adalah berdasarkan assignment dan juga latihan tutorial yang dilakukan. Yang penting tu assignment kita kena buat betul2 la sebab ia membawa markah keseluruhan kita. Markah pula akan dinilai selayaknya mengikut hasil kerja kita. Hasil mestilah nampak macam kita belajar peringkat ijazah, dan bukannya assigment yang kita buat sebagaimana zaman di maktab dulu-dulu. Jadi kalau nak buat assignment tu cubalah rujuk rakan2 yang pernah buat sekurang-kurangnya hasil kita tak jauh berbeza dengan rakan lain.


              Belajar peringkat ijazah ni, senang kata memerlukan kita banyak membuat research dari pelbagai sumber. Memang la banyak teknologi yang membantu kita untuk copy and paste. Tapi ingat pensyarah juga mempunyai sistem yang dapat mengesan dari mana kita mengcopy rujukan itu.Terutamanya assignment yang dihantar melalui email. Ada yang terpaksa membuat semula assignment kerana didapati mengopy sebijik2 dari sumber lain. Yang penting, biar lah kita buat sendiri assignment walau apa jua cara hasilnya kita tak ciplak hakcipta orang lain. Buatlah sebaik mungkin!


           Assignmen yang diberikan tu pulak ada yang berkumpulan dan ada yang individu. So berhati-hati bila memilih ahli kumpulan kerana mungkin ada yang jadi penumpang saja. Tapi biasalah wujud orang2 yang macam ni kan. dari zaman maktab hinggalah ke peringkat lebih tinggi pun wujud golongan ni cuma pandai atau tidak kita nak menghandlenya... Kenapa saya kata begitu ini adalah kerana sebahagian besar assignment tu dlm bentuk kumpulan..kenalah bahagi buat sorang sikit. Biar sama-sama tanggung. Bukan setakat itu saja..setiap kali menghadiri tutorial tu maknanya ada la benda yang nak kena bentang. Suasana ni mcm zaman maktab dulu jugak la...seronok juga kalu ada pembentang yg kaki lawak...kaki merapu...  hilanglah tension skit. maklumlah tutorial sepangjang hari... bayangkan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Break minum pagi dengan makan tengah ari ajer... Tapi nasib baiklah sepanjang sem 1 ni tutorial hanya 5 kali. Lebih kurang sebulan tu sekali lah.. .Ni tak termasuk hari peperiksaan tau! Amali lain pulak...he he he jadi jangan haraplah nak relax byk sangat...


           Benda yang dibentang tu plak mengikut tajuk2 akan akan kita belajar sepanjang sem tu...so kena tgok betul2...kdg2 tu tgok sampai menguap almaklum la sampai ke petang.... otak pun dah mula beku masa tu...kena plak subjek BI lagi la....speaking pun terbelit2...nasib baik pensyarah tu byk bercakap so kita dengar jela dia explain.... tapi sejam jer..


Ooo... ye nak tau setiap subjek tu berapa lama masa tutorialnya . Ini dia


SC3101 - 2 jam
SC3102 - 2 jam
WJA 3101 - 1 jam
WJA 3102 - 1 jam
WJA 3105 - 1 jam
Jumlah     =  7 jam  ( ha ...lama takk???)


           Masa paling seronok ialah time nak balik...huuuuu...masa tu la konsentrasi pun dah mula hilang..apa tak nye dok teringat kat anak la, suami la, rumah la mcm tongkang pecah...maklumlah sehari suntuk ditinggalkan... tapi nak buat lagu mana...perjuangan mesti diteruskan..

No comments:

Post a Comment